Tuesday 8 December 2015

Kek Coklat Moist dengan Captain America

Assalamualaikum.

Rasanya banyak juga dekorasi kek dari Leeya Sweet Bites menggunakan patung-patung permaian terutamanya superhero. Saya nak kongsi cerita sedikit. Mudah-mudahan boleh memberikan inspirasi kepada yang lain.

Suatu hari ada seorang sahabat bertanya, "Eh, kau kalau letak mainan atas kek, basuh tak?". Katanya lagi, dia tanya soalan tu kepada seorang baker. Bila jawapannya, "Tak". Terus dia tak jadi tempah.

Baiklah, di Leeya Sweet Bites dari mula kami menggunakan patung atau sebarang permainan di atas kek, kesemua alat permainan akan dibasuh terlebih dahulu. Jika ada mainan yang pelu ditanam kedalam kek seperti Kek Coklat Captain America ini akan dibalut bahagian bawahnya dengan aluminium foil atau cling wrap. Jika setakat diletakkan di atas kek sebagai topper, akan dilapis dengan fondant. Dan fondant tersebut boleh dibuang. Ini bertujuan tiada bahan kimia daripada mainan tersebut meresap kedalam kek dan membahayakan pelanggan.

Jadi pelanggan tidak perlu risau. Bolehlah makan kek dengan hati yang tenang dan gembira. Hehehe.





Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami melalui nombor di bawah:

Fb Pages : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment