# Repost dari SINI
Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi bahan-bahan asas dan fungsi setiap bahan dalam pembuatan produk bakeri. Sekiranya kita hendak membuat kek, roti dan biskut selalunya bahan asasnya adalah yang biasa ada di dapur. Namapun bahan asas, mestilah bahan-bahan ini mudah dijumpai di supermarket atau paling senang carilah di kedai menjual barang-barang bakeri. In Shaa Allah ada.
Bahan-bahan asas untuk baking.
- Koko. Berfungsi sebagai bahan perisa yang paling digemari dalam pembuatan produk bakeri. Dihasilkan daripada biji koko dan diproses untuk menjadi serbuk koko, cocoa butter, coklat cip, coklat kompoun dan cocoa liquor.
- Produk Tenusu. Digunakan bagi mengekalkan kelembapan dalam produk bakeri. Contoh produk tenusu dipasaran adalah seperti buttermilk, susu sejat, susu tepung rendah lemak, susu pekat manis, dan yoqurt.
- Telur. Telur mempunyai banyak fungsi dalam pembuatan produk bakeri seperti menambah warna, perasa, tektur dan stuktur produk. Kuning telur akan menambah lemak dan bertindak sebagai emulsifier. Manakala putih telur banyak digunakan untuk menghasilkan meringues.
- Lelemak. Lelemak juga mempunyai pelbagai fungsi bagi produk bakeri. Diantaranya adalah seperti menambah kelembapan, memberi perasa dan menghasilkan struktur sesuatu produk bakeri. Lelemak juga boleh bertindak sebagai agen pengembang kerana semasa lelemak diputar sehingga kembang udara akan masuk ke dalam doh atau adunan. Contoh lelemak adalah seperti margerin, butter, shortening dan minyak.
- Tepung. Tepung yang paling biasa digunakan dalam produk bakeri adalah tepung gandum. Tepung gandum ini mengandung gluten iaitu protein elastik yang boleh memerangkap gas yang dihasilkan oleh agen pengembang. Semasa proses pembakaran/baking, gas yang terperangkap akan mengembang dan menolak gluten tersebut dan hasilnya produk akan naik. Kandungan gluten ini akan mempengaruhi tektur produk yang terhasil. Contoh tepung yang digunakan dalam bakeri adalah seperti tepung gandum pelbagai guna, tepung naik sendiri, tepung kek, tepung roti, tepung gandum penuh, dll.
- Leavener/Agen pengembang. Digunakan untuk mengembang dan menghasilkan tektur yang ringan. Diantara contoh bahan pengembang adalah serbuk penaik, soda bikarbonat, yis dan telur
- Garam. Digunakan untuk menambah rasa. Dalam pembuatan roti garam digunakan untuk mengawal pertumbuhan yis.
- Gula dan bahan pemanis. Fungsi gula dan bahan pemanis lain adalah untuk menghasilkan rasa manis, lembut, pemerangan dan produk boleh disimpan lama. Contoh-contoh gula dan pemanis lain adalah seperti gula pasir, gula perang, gula icing, madu dan gula merah.
Selamat menimba ilmu bakeri.
Saya boleh dihubungi melalui:
No comments:
Post a Comment