Saturday 26 December 2015

Ombre Biru dengan Buttercream

Assalamualaikum

Blue Buttercream Ombre with sweet pink roses.





Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami.

Friday 25 December 2015

Heaven Pecan Butterscotch

Assalamualaikum.

Heaven Pecan Butterscotch disaluti dengan butterscotch cream cheese. Taburan karemel kacang pecannya yang banyak  beserta lelehan sos butterscotch pasti menyelerakan.










Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan kami seperti yang tertera di bawah.

Thursday 24 December 2015

Coklat Cupcake untuk Hantaran

Assalamualaikum

Coklat Cupcakes untuk hantaran
 









 Sebarang pertanyaan dan tempahan sila ber hu bung terus dengan kami





Wednesday 23 December 2015

Coklat Cupcakes untuk hantaran

Assalamualaikum.

Chocolate Cupcakes untuk hantaran.






Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami.

Friday 18 December 2015

Cupcakes coklat dengan waffer

Assalamualaikum.

Coklat cupcakes dengan buttercream. Dekorasi yang sangat ringkas. Waffer + taburan kek coklat. Sangat sesuai untuk majlis yang ringkas.











Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung dengan kami:

Thursday 17 December 2015

Cheesecake klasik dengan jem strawberi

Assalamualaikum.

Khas bagi para peminat cheese. Cheesecake klasik dengan jem strawberi. Warna jem yang menawan hati, sekali rasa memang tertawan. 







Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami:



Wednesday 16 December 2015

Red Velvet Cupcakes dengan Hello Kitty

Assalamualaikum.

Red velvet cupcakes untuk majlis harijadi.







Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami seperti di bawah:


Tuesday 15 December 2015

Red Velvet Cupcakes dengan strawberi

Assalamualaikum.

Red Velvet Cupcakes dengan buttercream, dan dihiasi dengan strawberi segar.







Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami seperti dibawah:


Monday 14 December 2015

Cupcakes Untuk Hantaran

Assalamualaikum.

Cupcakes untuk hantaran bertemakan warna purple putih.







Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami seperti yang tertera di bawah:


Sunday 13 December 2015

Kek Coklat Dengan Edible Image Spiderman

Assalamualaikum.


Edible image spiderman. Kek yang digunakan adalah kek karot, manakala topping dengan menggunakan buttercream.







Sebarang tempahan dan pertanyaan sila berhubung terus dengan kami:


Saturday 12 December 2015

Kek coklat dengan kereta audi

Assalamualaikum.

Kek coklat lagi dengan topping coklat ganache. Hiasan fondant kereta audi putih. Si isteri nak buat kejutan untuk suami. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminn.





Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan kami :





Friday 11 December 2015

Kek Coklat Moist



Assalamualaikum.

Kek coklat Moist versi paling ringkas. Topping coklat dengan hirisan almond sebagai hiasan.
Untuk majlis yang ringkas atau makan-makan di rumah. 





Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung terus dengan nombor di bawah:



Thursday 10 December 2015

Victoria Sandwich Untuk Tersayang

Assalamulaikum.

Cuti sekolah mesti akan balik kampung. Sebelum balik, baking sikit untuk buah tangan. Mak mesti tanya, "Tak bawak kek balik ke?".

Victoria Sandwich sangat ringkas dan sesuai untuk perjalanan jauh. Pada kebiasaan jika untuk di bawa balik ke kampung saya memilih kek dan topping yang boleh tahan lama seperti buttercream atau coklat ganache. Jadi tak perlu risau cair atau rosak.


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila berhubung melalui saluran di bawah:

Whatsapp : 019-2693070
Fb : Leeya Mohtar
Page : LeeyaSweetBites

Wednesday 9 December 2015

Bahan-bahan asas baking

# Repost dari SINI


Assalamualaikum.


Hari ini saya ingin berkongsi bahan-bahan asas dan fungsi setiap bahan dalam pembuatan produk bakeri. Sekiranya kita hendak membuat kek, roti dan biskut selalunya bahan asasnya adalah yang biasa ada di dapur. Namapun bahan asas, mestilah bahan-bahan ini mudah dijumpai di supermarket atau paling senang carilah di kedai menjual barang-barang bakeri. In Shaa Allah ada.


Bahan-bahan asas untuk baking.

  • Koko. Berfungsi sebagai bahan perisa yang paling digemari dalam pembuatan produk bakeri. Dihasilkan daripada biji koko dan diproses untuk menjadi serbuk koko, cocoa butter, coklat cip, coklat kompoun dan cocoa liquor. 

  • Produk Tenusu. Digunakan bagi mengekalkan kelembapan dalam produk bakeri. Contoh produk tenusu dipasaran adalah seperti buttermilk, susu sejat, susu tepung rendah lemak, susu pekat manis, dan yoqurt.

  • Telur. Telur mempunyai banyak fungsi dalam pembuatan produk bakeri seperti menambah warna, perasa, tektur dan stuktur produk. Kuning telur akan menambah lemak dan bertindak sebagai emulsifier. Manakala putih telur banyak digunakan untuk menghasilkan meringues. 

  • Lelemak. Lelemak juga mempunyai pelbagai fungsi bagi produk bakeri. Diantaranya adalah seperti menambah kelembapan, memberi perasa dan menghasilkan struktur sesuatu produk bakeri. Lelemak juga boleh bertindak sebagai agen pengembang kerana semasa lelemak diputar sehingga kembang udara akan masuk ke dalam doh atau adunan. Contoh lelemak adalah seperti margerin, butter, shortening dan minyak.

  • Tepung. Tepung yang paling biasa digunakan dalam produk bakeri adalah tepung gandum. Tepung gandum ini mengandung gluten iaitu protein elastik yang boleh memerangkap gas yang dihasilkan oleh agen pengembang. Semasa proses pembakaran/baking, gas yang terperangkap akan mengembang dan menolak gluten tersebut dan hasilnya produk akan naik. Kandungan gluten ini akan mempengaruhi tektur produk yang terhasil. Contoh tepung yang digunakan dalam bakeri adalah seperti tepung gandum pelbagai guna, tepung naik sendiri, tepung kek, tepung roti, tepung gandum penuh, dll. 

  • Leavener/Agen pengembang. Digunakan untuk mengembang dan menghasilkan tektur yang ringan. Diantara contoh bahan pengembang adalah serbuk penaik, soda bikarbonat, yis dan telur

  • Garam. Digunakan untuk menambah rasa. Dalam pembuatan roti garam digunakan untuk mengawal pertumbuhan yis.

  • Gula dan bahan pemanis. Fungsi gula dan bahan pemanis lain adalah untuk menghasilkan rasa manis, lembut, pemerangan dan produk boleh disimpan lama. Contoh-contoh gula dan pemanis lain adalah seperti gula pasir, gula perang, gula icing, madu dan gula merah.

Selamat menimba ilmu bakeri.


Saya boleh dihubungi melalui:


Fb Page : LeeyaSweetBites

Tuesday 8 December 2015

Kek Coklat Moist dengan Captain America

Assalamualaikum.

Rasanya banyak juga dekorasi kek dari Leeya Sweet Bites menggunakan patung-patung permaian terutamanya superhero. Saya nak kongsi cerita sedikit. Mudah-mudahan boleh memberikan inspirasi kepada yang lain.

Suatu hari ada seorang sahabat bertanya, "Eh, kau kalau letak mainan atas kek, basuh tak?". Katanya lagi, dia tanya soalan tu kepada seorang baker. Bila jawapannya, "Tak". Terus dia tak jadi tempah.

Baiklah, di Leeya Sweet Bites dari mula kami menggunakan patung atau sebarang permainan di atas kek, kesemua alat permainan akan dibasuh terlebih dahulu. Jika ada mainan yang pelu ditanam kedalam kek seperti Kek Coklat Captain America ini akan dibalut bahagian bawahnya dengan aluminium foil atau cling wrap. Jika setakat diletakkan di atas kek sebagai topper, akan dilapis dengan fondant. Dan fondant tersebut boleh dibuang. Ini bertujuan tiada bahan kimia daripada mainan tersebut meresap kedalam kek dan membahayakan pelanggan.

Jadi pelanggan tidak perlu risau. Bolehlah makan kek dengan hati yang tenang dan gembira. Hehehe.





Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami melalui nombor di bawah:

Fb Pages : LeeyaSweetBites